Tuesday 16 August 2011

Salam Nuzul Al-Quran


Sejarah al-Quran:
 Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.




Erti Nuzul al-Quran:

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Sama- samalah kita memelihara kesucian Kitab Suci al-Quran.. Tapi Ingat!! Al-Quran :

  • Al-Quran untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan.
  • Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  • Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  • Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  1. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).







~ Thank you for reading ~

No comments:

Post a Comment